English

MENGAPA SBS

SBS MENYELESAIKAN SEGALANYA

Sistem perakaunan perniagaan SBS (Simplified Business System) adalah sebuah sistem perakaunan yang dapat menyelesaikan bukan sahaja masalah perakaunan malah banyak lagi isu yang selalu dihadapi oleh perniagaan dan syarikat IKS. Ia adalah sistem perakaunan perniagaan yang komprehensif dengan pelbagai ciri supaya pengguna SBS dapat menghasilkan segala laporan kewangan dan informasi perniagaan dengan senang dan dalam bahasa yang mudah difahami.

Selain itu, sistem perakauanan SBS juga dapat membantu merekod segala urusniaga jual beli perniagaan dan memudahkan pengguna kerana SBS juga menjana segala dokumen-dokumen perniagaan untuk usahawan seperti “Quotation, PO, DO, Invoice” dan pelbagai lagi dokumen perniagaan. Tambahan pula, SBS juga membantu usahawan menganalisis segala laporan penting terutamanya melalui modul “Business Intelligence” supaya membenarkan usahawan memberi tumpuan dan fokus yang lebih kepada perkara yang paling penting iaitu memajukan perniagaan mereka. Ingat sistem perakaunan perniagaan, ingat SBS.

TIADA PENGETAHUAN PERAKAUNAN? TIADA MASALAH. BIARLAH SBS YANG MENYELESAIKAN SEMUA

Aplikasi berasaskan web. Boleh
diakses dari mana-mana lokasi
dan apa jua alat mudah alih

Dicipta khas bagi membantu perniaga kecil/mikro tanpa pengetahuan perakaunan

Maklumat dan informasi dalam masa yang nyata bagi memudahkan pemantauan prestasi perniagaan

Segala laporan kewangan yang dijana berdasarkan syarat dan piawaian perakaunan dan audit

Perisian sedia GST yang
diluluskan Kastam Diraja
Malaysia

Perekodan tugasan perniagaan seharian secara automatik. Elak pengulangan tugasan

Pantau prestasi perniagaan melalui "Business Intelligence" dan perolehi informasi bagi membuat keputusan perniagaan yang tepat

Langganan bulanan mudah
tanpa kontrak. Langgan
mengikut kehendak anda

Perisian perakaunan tanpa memerlukan
pengetahuan perakaunan. SBS
menyediakan segala laporan prestasi
dan kewangan untuk anda

Panduan kegunaan SBS
turut disertakan

Sistem pemfailan yang teratur

Mematuhi syarat dan
piawaian kewangan
dan perakaunan

Janaan penyata aliran tunai bagi membantu keputusan perniagaan

Perisian dwibahasa