SBS MENYELESAIKAN SEGALANYA

Sistem perakaunan perniagaan SBS (Simplified Business System) adalah sebuah sistem perakaunan yang dapat menyelesaikan bukan sahaja masalah perakaunan malah banyak lagi isu yang selalu dihadapi oleh perniagaan dan syarikat IKS. Ia adalah sistem perakaunan perniagaan yang komprehensif dengan pelbagai ciri supaya pengguna SBS dapat menghasilkan segala laporan kewangan dan informasi perniagaan dengan senang dan dalam bahasa yang mudah difahami.

Selain itu, sistem perakauanan SBS juga dapat membantu merekod segala urusniaga jual beli perniagaan dan memudahkan pengguna kerana SBS juga menjana segala dokumen-dokumen perniagaan untuk usahawan seperti “Quotation, PO, DO, Invoice” dan pelbagai lagi dokumen perniagaan. Tambahan pula, SBS juga membantu usahawan menganalisis segala laporan penting terutamanya melalui modul “Business Intelligence” supaya membenarkan usahawan memberi tumpuan dan fokus yang lebih kepada perkara yang paling penting iaitu memajukan perniagaan mereka. Ingat sistem perakaunan perniagaan, ingat SBS.

URUS PERAKAUNAN & SUMBER MANUSIA PADA MASA YANG SAMA

Sesuai bagi pemilik syarikat “start-up”, mikro dan IKS yang tiada pengetahuan perakaunan

Boleh diakses melalui pelbagai alat mudah alih. Tidak perlu “install”

Laporan dan prestasi perniagaan dalam masa sebenar “real time”

Laporan kewangan mengikut piawaian perakaunan antarabangsa

Perisian sedia GST. Diiktiraf oleh Kastam Diraja Malaysia

Urus pekerja dan gaji melalui modul Sumber Manusia

Cara langganan mudah. Tiada kontrak, bayar dan guna

Mudah dan senang tidak menggunakan cara perakaunan konvensional

Pemfailan dokumen perniagaan yang teratur dan sistematik

Hasilkan dokumen perniagaan secara automatik. Jana, cetak atau emel dokumen untuk pembekal dan pelanggan

Bilangan penguna dan data yang tidak terhad

Pantau dan simulasi aliran tunai untuk keputusan cepat

Dwibahasa BM dan Bahasa Inggeris

Pantau prestasi perniagaan dengan cara mudah melalui modul “Business Intelligence”

Khidmat bantuan pengguna “customer surport” komprehensif

Perisian “web based” boleh diakses dari mana-mana lokasi